Wednesday, March 18, 2009

Takkan Hilang Melayu Di Dunia


Sultan Azlan Shah dihina 6 penulis blog

Enam orang akan dihadapkan ke mahkamah esok kerana menghina Sultan Azlan Shah dalam blog atau melalui komen yang disiarkan.Difahamkan mereka terdiri daripada dua individu di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, seorang di Petaling Jaya, seorang di Kota Kinabalu, Sabah dan seorang lagi di Butterworth, Pulau Pinang.Beberapa orang lagi dijadual didakwa di Kuala Terengganu pada hari Ahad atas tuduhan yang sama.

Apakah telah berlaku dgn bangsa Melayu kite...? Siapakah gerangan finalis kite ini...?

Tanpa ragu-ragu bahawa kedudukan, martabat dan maruah orang Melayu kini kian terancam.
Rakyat Melayu berada dalam posisi yang membimbangkan kerana semakin tertindas dan terpinggir dari segi ekonomi dan politik.

Namun, soalnya, siapa yang menindas dan meminggirkan umat Melayu?

Orang Cina? Kaum-kaum 'pendatang' lain yang sudah terlalu lama menjadi setinggan di Tanah Melayu?

Cinakah yang memimpin Malaysia semenjak Merdeka lima puluh tahun lalu sehingga sekarang? Apakah orang 'pendatang' yang menjawat jawatan tertinggi dari hari pertama Malaysia merdeka?

Kesusahan yang dihadapi oleh orang Melayu sekarang sebenarnya kesusahan yang dihadapi setiap rakyat Malaysia pada saat gentar ini - ekonomi negara yang meleset, harga barang yang melambung, ketidakpedulian kerajaan dan pihak-pihak berkuasa terhadap cabaran yang dihadapi mereka setiap hari. Punca masalah-masalah ini bukanlah perbezaan warna kulit atau agama; puncanya adalah pemimpin-pemimpin yang sanggup menggadai maruah rakyat dan bangsa untuk memperkayakan diri sendiri. Setelah lima puluh tahun berleluasa tanpa kawalan, pemimpin-pemimpin Umno telah mengabaikan cita-cita murni pejuang-pejuang kemerdekaan kita untuk membina Malaysia yang aman dan makmur untuk semua.

Tuesday, January 20, 2009

Lima Janji Perjuangan

Berani kerana benar, takut kerana salah. Itulah perjuangan untuk menaikan martabat orang-orang melayu dan islam di dalam negara Madani iaitu Malaysia. Berperinsipkan perjuangan Amar Makruf Nahi Mungkar yang bermaksud amalkan kebaikan dan jauhi kejahatan.

1. Akan mendirikan Malaysia sebagai Negara Madani yang menjamin keadilan dan keamanan untuk semua rakyat, menjunjung prinsip-prinsip perlembagaan, mengukuhkan institusi kehakiman dan mengangkat darjat kemulian insan, kebebasan dan haknya.

2. Akan melaksanakan AGENDA EKONOMI MALAYSIA agar ekonomi Malaysia muncul kembali menjadi setaraf dengan negara-negara maju. Menjamin keadilan sosial supaya tidak ada kelompok atau kaum yang terpinggir dan mundur.

3. Akan mempertingkatkan serta menyusun semula pasukan polis untuk menjadikanya badan MENCEGAH JENAYAH yang berkesan bersama agensi penguatkuasaan lainya supaya bebas dari pengaruh jenayah dan rasuah.

4. Akan mengurangkan beban hidup rakyat dengan menaiktarafkan sektor pertanian dan pelaburan, peluang pekerjaan, perniagaan dan lain-lain tarif: membekal barang keperluan yang mencukupi.

5. Akan mencipta HARAPAN BARU untuk mase hadapan Malaysia dengan menjamin pendidikan tinggi dan menjadikan mutu Sekolah, Kolej dan Universiti di Malaysia yang terbaik di rantau Asia Tenggara.