Wednesday, March 18, 2009

Takkan Hilang Melayu Di Dunia


Sultan Azlan Shah dihina 6 penulis blog

Enam orang akan dihadapkan ke mahkamah esok kerana menghina Sultan Azlan Shah dalam blog atau melalui komen yang disiarkan.Difahamkan mereka terdiri daripada dua individu di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, seorang di Petaling Jaya, seorang di Kota Kinabalu, Sabah dan seorang lagi di Butterworth, Pulau Pinang.Beberapa orang lagi dijadual didakwa di Kuala Terengganu pada hari Ahad atas tuduhan yang sama.

Apakah telah berlaku dgn bangsa Melayu kite...? Siapakah gerangan finalis kite ini...?

Tanpa ragu-ragu bahawa kedudukan, martabat dan maruah orang Melayu kini kian terancam.
Rakyat Melayu berada dalam posisi yang membimbangkan kerana semakin tertindas dan terpinggir dari segi ekonomi dan politik.

Namun, soalnya, siapa yang menindas dan meminggirkan umat Melayu?

Orang Cina? Kaum-kaum 'pendatang' lain yang sudah terlalu lama menjadi setinggan di Tanah Melayu?

Cinakah yang memimpin Malaysia semenjak Merdeka lima puluh tahun lalu sehingga sekarang? Apakah orang 'pendatang' yang menjawat jawatan tertinggi dari hari pertama Malaysia merdeka?

Kesusahan yang dihadapi oleh orang Melayu sekarang sebenarnya kesusahan yang dihadapi setiap rakyat Malaysia pada saat gentar ini - ekonomi negara yang meleset, harga barang yang melambung, ketidakpedulian kerajaan dan pihak-pihak berkuasa terhadap cabaran yang dihadapi mereka setiap hari. Punca masalah-masalah ini bukanlah perbezaan warna kulit atau agama; puncanya adalah pemimpin-pemimpin yang sanggup menggadai maruah rakyat dan bangsa untuk memperkayakan diri sendiri. Setelah lima puluh tahun berleluasa tanpa kawalan, pemimpin-pemimpin Umno telah mengabaikan cita-cita murni pejuang-pejuang kemerdekaan kita untuk membina Malaysia yang aman dan makmur untuk semua.

Tuesday, January 20, 2009

Lima Janji Perjuangan

Berani kerana benar, takut kerana salah. Itulah perjuangan untuk menaikan martabat orang-orang melayu dan islam di dalam negara Madani iaitu Malaysia. Berperinsipkan perjuangan Amar Makruf Nahi Mungkar yang bermaksud amalkan kebaikan dan jauhi kejahatan.

1. Akan mendirikan Malaysia sebagai Negara Madani yang menjamin keadilan dan keamanan untuk semua rakyat, menjunjung prinsip-prinsip perlembagaan, mengukuhkan institusi kehakiman dan mengangkat darjat kemulian insan, kebebasan dan haknya.

2. Akan melaksanakan AGENDA EKONOMI MALAYSIA agar ekonomi Malaysia muncul kembali menjadi setaraf dengan negara-negara maju. Menjamin keadilan sosial supaya tidak ada kelompok atau kaum yang terpinggir dan mundur.

3. Akan mempertingkatkan serta menyusun semula pasukan polis untuk menjadikanya badan MENCEGAH JENAYAH yang berkesan bersama agensi penguatkuasaan lainya supaya bebas dari pengaruh jenayah dan rasuah.

4. Akan mengurangkan beban hidup rakyat dengan menaiktarafkan sektor pertanian dan pelaburan, peluang pekerjaan, perniagaan dan lain-lain tarif: membekal barang keperluan yang mencukupi.

5. Akan mencipta HARAPAN BARU untuk mase hadapan Malaysia dengan menjamin pendidikan tinggi dan menjadikan mutu Sekolah, Kolej dan Universiti di Malaysia yang terbaik di rantau Asia Tenggara.

Tuesday, December 23, 2008

Putih Sejati 30

Apakah dimaksudkan dgn Putih? ramai tahu putih itu adalah warna yang bersih dan senang dipandang boleh digunakan dengan ape cara sekali pun. Putih itu bersih seperti bayi yang baru dilahirkan didalam Islam seperti anak lelaki diazankan ditelinga kananya maka perempuan kamat pada telinga kirinya kerana itu Islam adalah ‘a complete way of life’, cara hidup yang paling sempurna. Putih adalah juga faktor dan Islam adalah matlamat yang tidak boleh dipisahkan dari perjuangan , kebajikan dan dakwah bagi masyarakat Melayu.

Islam merupakan potensi kekuatan bangsa Melayu. Islam tidak menganjurkan permusuhan dan perpecahan sesama sendiri. Sikap angkuh, sombong dan mendabik dada yang ditunjukkan oleh sesetengah ahli-ahli yang mempunyai kumpulan atau puak (cable) besar maka itulah perjalanan dan perjuangan bukan sebenar, ia menjadi kumpulan-kumpulan kecil dipanggil gengster atau digelar 3 line. Kita mesti mempunyai sikap toleransi, tolak ansur dan mesti menghormati ahli-ahli majlis lain, orang-orang awam kerana kite diberikan tanggungjawab mempertahankan maruah agama, bangsa dan tanahair.

walaupun perjuangan tentera fisabilillah sudah tergelincir jauh dari landasan prinsip perjuangan, kepimpinan dan kenegaraan Islam. Hati-hatilah ‘sikit brader’, ini bukannya sekadar tergelincir rel keretapi. Tergelincir rel keretapi tak sama dengan terpijak kulit pisang. Tergelincir perjuangan Melayu jadi hamba abadi dalam negara sendiri.

Jika individunya baik, maka barulah perjalanan dan perjuangan baik. Bila pembawakan baik barulah ahli-ahli menjadi baik. Tapi individu yang hilang prisip perjuangan kerana tidak cukup ilmu dan talbiah dari ahli-ahli mereka maka berlaku perjuangan yang dipanggil sonsang.

‘Baik’ di sini bukan bermaksud menunjukkan perangai yang baik atau mempamerkan pakaian-pakaian yang baik yang bercirikan Islam. Tapi otak juga mahu baik. Kalau tak ada otak yang baik macam mana nak memperkembangkan agama Islam? Macam mana nak majukan perjuangan Agama, Bangsa dan Tanahair.

30 bermaksud juzuq al-quran yang dijunjung, yang dilafaz dan simpan didalam hati. Itu adalah akad yang besar setiap ahli-ahli perjuangan fisabilillah. Majlis itu di panggil peyembilahan mcm "hari korban" la, majlis tersebut dihadiri oleh semua ahli majlis termasuk Ayahanda, Abang long-Abang long, Abang-abang kawasan dan lain-lain.

Bersatulah Orang-orang Melayu


“Umat Islam hari ini bukan umat yang kuat, baik di dunia begitu juga di negara ini. Umat Islam tidak boleh berpecah kepada kumpulan-kumpulan kecil hingga akhirnya menjadi umat yang lebih lemah. Umat Islam jangan terlalu taksub berselisih hingga ke peringkat ‘berkerat rotan, berpatah arang’. Umat Islam haruslah arif lagi bijaksana memastikan antara permata dan kaca.’’

Hakikatnya, sukar hendak diperkatakan semangat perjuangan orang melayu sudah luntur sehinggakan ekonomi dan perdagangan dimonopoli oleh kaum lain, tetapi apa yang pasti sehingga ke hari ini, usaha untuk menyatukan orang Melayu masih menemui jalan buntu.

Pertubuhan Kebajikan & Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA) diadakan bagi tujuan menyatukan orang-orang Melayu semakin rapuh berikutan perpecahan akibat perbezaan idiologi pendapat dan kuasa, namun orang Melayu masih belum sedar. Berakhir begitu sahaja tanpa sedikit pun menyedarkan pemimpin-pemimpin Melayu untuk mencari jalan bagi membolehkan mereka berada dalam satu kapal yang sama. Sebaliknya, kita terus mendengar suara sumbang dan ia termasuklah komentar-komentar dalam blog yang seolah-olah tidak mahu melihat perpaduan Melayu itu menjadi kenyataan. Kesudahan usaha menyatukan orang Melayu masih lagi belum nampak jalan penyelesaian. Ramai yakin pemimpin-pemimpin PERKIDA juga mempunyai semangat yang tinggi untuk menyatukan orang Melayu tetapi kadangkala ‘ketaksuban’ kepada pegangan ideologi pendapat dan kuasa menjadi penghalang.

Mungkin ramai tertanya-tanya kenapakah perpaduan Melayu dikaitkan dengan Putih dan Merah sahaja, bagaimana dengan pertubuhan-pertubuhan Melayu lain.

Sebenarnya, kalau kita mahu menyatukan orang Melayu, faktor paling utama ialah meletakkan pemimpin-pemimpin Putih dan Merah di satu meja rundingan.

Apabila ini berlaku sudah pastilah laluan lain untuk menyatukan orang Melayu akan menjadi mudah.

Kita sentiasa percaya dalam sebuah negara demokrasi, adalah menjadi hak kepada mana-mana juga individu untuk menyokong mana-mana pertubuhan tetapi mereka juga harus memikirkan kepentingan bangsa dan agama mereka.

Kalau orang Melayu terus taksub dengan pegangan pendapat dan kuasa masing-masing sehingga sanggup menolak salam perpaduan Melayu kerana bimbang hilang sokongan daripada pertubuhan masyarakat melayu, ia sudah tentulah sesuatu yang mendukacitakan.

Perpaduan Melayu bukanlah kita meminggirkan mana-mana puak atau majlis, sebaliknya ia juga adalah demi faedah seluruh Pertubuhan Kebajikan & Dakwah Malaysia.

Wasiat Raja-Raja Melayu

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU dan PEMIMPIN MELAYU yang diperbuat 51 tahun dahulu ketika negara kita mencapai kemerdekaan, iaitu :" KAMI WASIATKAN kepada zuriat keturunan kami 7 PERKARA yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera.

7 PERKARA ITU IALAH :


Pertama - Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU ( sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA )

Kedua - Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain,

Ketiga - Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hakmilik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara,

Keempat - Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini,

Kelima - Kami isytiharkan ISLAM ialah agama persekutuan

Keenam - Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU dan,

Ketujuh - Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. ( kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak ).

Pengenalan


PEKIDA bermaksud (Pertubuahan Kebajikan & Dakwah Islamiah Malaysia) sebagai salah satu langkah dalam usaha membudayakan Agama, peradaban, mengeratkan silatulrahim, perniagaan dalam masyarakat Melayu. Ia telah dirasmikan oleh Y.A.B Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi sebagai penaung PEKIDA Malaysia. Pertubuhan ini dilihat sebagai sebuah platform atau tapak dalam meningkatkan minat dan kecenderungan bangsa Melayu terhadap bidang pelaburan perniagaan. Ini bertujuan untuk memantapkan lagi imej PEKIDA dalam mengharungi dunia masa hadapan yang begitu mencabar. Segala usaha yang dijalankan adalah demi menaikkan kembali martabat agama, bangsa dan tanah air tercinta.
Dengan ini dimaklumkan bahawa peluang untuk menjadi tentera fisabilillah adalah terbuka kepada semua masyarakat Melayu khususnya menyertai sebagai ahli-ahli PEKIDA dalam perjuangan memartabatkan agama Islam, bangsa Melayu dan negara Malaysia tanah air tercinta. InsyaAllah

Struktur Organisasi Pekida Malaysia



AHLI MAJLIS TERTINGGI SESI 2003/2007

Presiden YBM PADUKA AYAHANDA

SENATOR DATUK DR. HJ. MUHD.FUAD HJ. AHMAD

Timbalan Presiden YM AYAHANDA

HJ. JAMALUDIIN YUSOF

Naib Presiden 1YM PADUKA AYAHANDA

HJ. DAUD HJ. WAHAB

Naib Presiden 2YBM PADUKA AYAHANDA

DATO' HJ AB MALEK BIN RANTING

Naib Presiden 3YBM PADUKA AYAHANDA

DATO' SERI DIRAJA S. JAAFAR [PUTRAJAYA]

Setiausaha AgungYB

DATO' SENATOR BAKRI

Bendahari

SDR. KARIM KSS

Ketua Penerangan

SDR. SHAHIDAN

AJK Perlis

SAAD MD. NOH

AJK Kuala Lumpur

YM AYAHANDA MAZNI ABDULL GHANI

AJK Kelantan

YM PADUKA AYAHANDA BEKERI BIN MOHAMED

AJK Negeri Sembilan

YM AYAHANDA ABU BAKAR BIN HJ ARSHAD

AJK Melaka

YB AYAHANDA DATUK HJ MD SIRAT

AJK Terengganu

YM AYAHANDA GHAZALI

AJK Kedah

MAT NANYAN ISMAILY Bhg. AYAHANDA DATO' MOHD ROSIDI HJ. SAAD HJ. HASSAN BASRI MUSTAFA

AJK Pulau Pinang

YB MOHD. FOAD MD ISA CHE KHIR ISMAIL

AJK Perak

HJ. DARUS AHMAD YUSOF BAKAR AZHAR IBRAHIM

AJK Selangor

YBhg. DATO' HJ RAMLI [SG. BESAR]

AJK Johor

HJ. HUSIN BACHIKAZALI AHMAD YM AYAHANDA GIRIM HAMZAH

AJK Pahang

YBhg. DATO' HJ HALIM WAN RASHID ISMAIL

Monday, December 22, 2008

Latar Belakang




Pertubuhan ini telah didaftarkan pada 10hb. Mei 1983, Nombor Pendaftaran 146/83 di bawah Akta Pertubuhan 1966 dan peraturan-peraturan 1984 yang beralamat di No. 5A Bangunan MPSP, Jalan Pasar, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman iaitu Ibu Pejabat yang sekarang.
Bagi memudahkan segala bentuk urusan dan menambah keberkesanan keseluruhan pentadbiran, maka pada awal tahun 2005, Ibu Pejabat PEKIDA Malaysia telah dipindahkan ke Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, di alamat berikut:
69E, 4A Bangunan KOBENA, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur.
Pada tahun 1997, PEKIDA telah meluluskan keahlian baru seramai 1,995 orang dan pada tahun 1998 seramai 958 orang sahaja. Jumlah ahli berdaftar setakat 31hb. Dis 1997 ialah seramai 14,295 orang dan pada 31hb. Dis 1998 ialah seramai 15,253 orang. Sehingga hari ini PEKIDA telah mendaftarkan kira-kira 50,000 orang ahli.

Pendahuluan

Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada anda semua yang sudi meluangkan masa untuk mengunjungi Blog ini. Bersyukur kepada ALLAH SWT kerana dengan izinnya, Blog ini berjaya disiapkan seperti yang dirancangkan. Terima kasih juga kepada semua Ayahanda-ayahanda Penasihat, Kekanda/Abang-abang Long Penyelia dan seluruh ahli-ahli dari seluruh negara yang telah memberikan kerjasama terbaik dalam proses penghasilan blog ini. Tanpa anda semua, sudah tentu blog ini sukar untuk disiapkan sepertimana yang dirancangkan.
Tujuan utama blog ini dibina adalah untuk menyediakan satu platform rasmi untuk seluruh Keluarga PEKIDA agar bersama kita dapat menyumbangkan idea dan buah fikiran untuk memantapkan lagi imej PEKIDA agar dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan pertubuhan-pertubuhan lain di Malaysia ini khususnya dan dengan bangsa-bangsa lain di dunia ini amnya. Di samping itu, portal ini juga bertujuan untuk menonjolkan imej korporat & professional PEKIDA MALAYSIA kepada seluruh masyarakat Malaysia. Ini adalah sangat penting demi menunjukkan bahawa PEKIDA sebagai sebuah organisasi terancang yang mampu untuk bersaing dalam kepesatan era globalisasi dan ICT dewasa ini.
Sesungguhnya, sesebuah perjuangan itu haruslah mempunyai objektif dan matlamatnya. Demikianlah juga dengan blog ini. Sebenarnya, kelahiran blog ini boleh dilihat sebagai salah satu cabang perjuangan PEKIDA dalam usaha untuk mengembalikan kegemilangan bangsa Melayu sebagai sebuah bangsa yang maju dan bertamadun seperti mana gahnya Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka pada suatu masa dahulu. Ingatlah, sejarah itu sentiasa berulang.