Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada anda semua yang sudi meluangkan masa untuk mengunjungi Blog ini. Bersyukur kepada ALLAH SWT kerana dengan izinnya, Blog ini berjaya disiapkan seperti yang dirancangkan. Terima kasih juga kepada semua Ayahanda-ayahanda Penasihat, Kekanda/Abang-abang Long Penyelia dan seluruh ahli-ahli dari seluruh negara yang telah memberikan kerjasama terbaik dalam proses penghasilan blog ini. Tanpa anda semua, sudah tentu blog ini sukar untuk disiapkan sepertimana yang dirancangkan.
Tujuan utama blog ini dibina adalah untuk menyediakan satu platform rasmi untuk seluruh Keluarga PEKIDA agar bersama kita dapat menyumbangkan idea dan buah fikiran untuk memantapkan lagi imej PEKIDA agar dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan pertubuhan-pertubuhan lain di Malaysia ini khususnya dan dengan bangsa-bangsa lain di dunia ini amnya. Di samping itu, portal ini juga bertujuan untuk menonjolkan imej korporat & professional PEKIDA MALAYSIA kepada seluruh masyarakat Malaysia. Ini adalah sangat penting demi menunjukkan bahawa PEKIDA sebagai sebuah organisasi terancang yang mampu untuk bersaing dalam kepesatan era globalisasi dan ICT dewasa ini.
Sesungguhnya, sesebuah perjuangan itu haruslah mempunyai objektif dan matlamatnya. Demikianlah juga dengan blog ini. Sebenarnya, kelahiran blog ini boleh dilihat sebagai salah satu cabang perjuangan PEKIDA dalam usaha untuk mengembalikan kegemilangan bangsa Melayu sebagai sebuah bangsa yang maju dan bertamadun seperti mana gahnya Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka pada suatu masa dahulu. Ingatlah, sejarah itu sentiasa berulang.
Monday, December 22, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment